Sunday, June 19, 2011

~Wang Hantaran vs Mas Kahwin?~

Agak lama jugak aku menyepikan diri dari meng'update' blog nie..Maklumla sem nie amik 6subjek berbeza dgn kwn2 ku yg lain..2 yg sibuk  terlampau dgn study + assignments yg berlambak sampai xsempat nk ketchup..hehe:-D 
Disebabkan ramai kawan2 ku yg da kawin,ada juga yg sdg menghitung hari, aku mencari2 tentang hantaran perkahwinan akhirnya aku terjumpa jadual di bwh ini yg ingin ak kongsikn buat semua kwn2 ku yg ingin melangsungkan perkahwinan @ yg sedang2 merancangnya mcm aku especially buat kaum Adam..hehe:-)




Berdasarkan info di atas,nampaknya setiap negeri mempunyai kadar tersendiri. Ada yang berbeza walaupun ada juga yang sama. Ada negeri yang membezakan antara gadis dan janda walaupun ada negeri yang tidak membezakannya.


Bagi negeri Selangor, kadar mas kahwin RM300 bermula sejak tahun 2010 di mana sebelum ini kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda walaupun jumlahnya agak besar & mungkin membebankan. Ummm..beruntungnya kwn2 ku especially Cik Myu & Cik Honey Bee yg bersas dr Selangor.

Apa2 pun,bagi yg pernah melihat sijil pendaftaran perkahwinan bagi negeri Kelantan & Terengganu,tercatat hanya mas kahwin RM10,000.00. Ini mungkin termasuk wang hantaran atau mungkinkh kesemuanya adalah mas kahwin? Hurmm..macam2 hal ye??



Wahai SUAMI renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah S.A.W., pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah, kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…

Wahai ISTERI pula renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W., tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T., kerana memiliki suami yang tidak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…
*** Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI, usah menuntut terlalu tinggi, seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya sebagai SUAMI dan ISTERI.

Ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W. 
Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandai kasih tak setulus Zulaikha;-*

p/s : Semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T atas segala urusan...INSYAAALAH;-)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.