Sunday, June 19, 2011

~Wang Hantaran vs Mas Kahwin?~

Agak lama jugak aku menyepikan diri dari meng'update' blog nie..Maklumla sem nie amik 6subjek berbeza dgn kwn2 ku yg lain..2 yg sibuk  terlampau dgn study + assignments yg berlambak sampai xsempat nk ketchup..hehe:-D 
Disebabkan ramai kawan2 ku yg da kawin,ada juga yg sdg menghitung hari, aku mencari2 tentang hantaran perkahwinan akhirnya aku terjumpa jadual di bwh ini yg ingin ak kongsikn buat semua kwn2 ku yg ingin melangsungkan perkahwinan @ yg sedang2 merancangnya mcm aku especially buat kaum Adam..hehe:-)




Berdasarkan info di atas,nampaknya setiap negeri mempunyai kadar tersendiri. Ada yang berbeza walaupun ada juga yang sama. Ada negeri yang membezakan antara gadis dan janda walaupun ada negeri yang tidak membezakannya.


Bagi negeri Selangor, kadar mas kahwin RM300 bermula sejak tahun 2010 di mana sebelum ini kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda walaupun jumlahnya agak besar & mungkin membebankan. Ummm..beruntungnya kwn2 ku especially Cik Myu & Cik Honey Bee yg bersas dr Selangor.

Apa2 pun,bagi yg pernah melihat sijil pendaftaran perkahwinan bagi negeri Kelantan & Terengganu,tercatat hanya mas kahwin RM10,000.00. Ini mungkin termasuk wang hantaran atau mungkinkh kesemuanya adalah mas kahwin? Hurmm..macam2 hal ye??



Wahai SUAMI renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah S.A.W., pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah, kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…

Wahai ISTERI pula renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W., tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T., kerana memiliki suami yang tidak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…
*** Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI, usah menuntut terlalu tinggi, seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya sebagai SUAMI dan ISTERI.

Ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W. 
Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandai kasih tak setulus Zulaikha;-*

p/s : Semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T atas segala urusan...INSYAAALAH;-)

~Kampus Kumpulan Pendidikan Legenda~


Kampus KPL RM1.1b dibina

ASPIRASI negara untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan di rantau ini kian menjadi kenyataan.
Pelbagai institut pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan bagi merealisasikan impian itu. 
Kecemerlangan sesebuah negara juga sedikit sebanyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran golongan muda yang bakal mentadbir negara pada masa depan.

Lantaran itu, kewujudan kolej swasta pada masa kini dilihat sebagai satu platform untuk anak-anak muda yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ia bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menuntut ilmu dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.

Kumpulan Pendidikan Legenda (KPL) adalah sebuah institusi swasta terbesar di Malaysia bagi pengajian teknologi kejuruteraan, alam sekitar binaan dan pendidikan selain terunggul dalam bidangnya sendiri.

Institusi ini merangkumi Institut Teknologi Pertama (ITP), Kolej Linton, Kolej Legenda dan Kolej Jati Legenda.

Malah, terkenal dengan kepakaran tenaga pengajarnya kerana melahirkan mahasiswa yang menjadi perintis dalam bidang kejuruteraan, alam sekitar binaan dan teknologi.

Ini menerusi dua institut mereka yang telah terkenal sejak 20 tahun lalu iaitu ITP dan Kolej Linton.

Bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan yang dipelopori selama ini, institusi ini sudah menubuhkan sebuah kampus pembelajaran dan pengajaran di Bandar Universiti Teknologi Legenda, Mantin, Negeri Sembilan.

Kampus berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 50 kilometer (km) di selatan Kuala Lumpur, berkeluasan 62 hektar dengan kos RM1.1 bilion.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar termasuk makmal, perpustakaan, peralatan sukan, tempat rehat pelajar, kafe dan kedai serbaneka.

Lebih 5,000 unit kediaman untuk kira-kira 25,000 pelajar di dalam dan di sekitar kampus turut disediakan.

Paling istimewa KPL sudah menjalin program kerjasama dengan University of East London dan ia menjadikan KPL sebagai kolej perintis yang menawarkan ijazah kejuruteraan 3+0 di negara ini.

Pelajar bakal dianugerahkan dengan ijazah dari University of East London selepas menamatkan pengajian.

Antara program Ijazah Sarjana Muda 3+0 yang boleh ditamatkan di negara ini ialah Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Tenaga/ Kawalan/ Komunikasi), Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Sains (kepujian) Kejuruteraan Perisian, Sarjana Muda Sastera (kepujian) Pengajian Perniagaan dan Sarjana Muda Sastera (kepujian) Perakaunan dan Kewangan.

Kolej itu juga bakal menawarkan lebih banyak lagi program termasuk medisains, farmaseutikal, kejururawatan dan penjagaan kesihatan.

Sejak pembukaan kampus sendiri di Mantin pada 2002, jumlah pelajar yang menuntut di institusi itu semakin meningkat hingga 3,500 dan bilangan pelajar dari luar negara juga bertambah.

Sebarang keterangan lanjut boleh melayari
 www.legendagroup.com.my

p/s:hrp2 servis Legenda lps ni akn diperbaiki dgn lbh baik lg slps tersiarnya berita ini:-)

Credit to myMetro,June2011

~PRODUCT OF ANCIENT SECRET~

Aura Energy Perfume
Aura Anda…Rupa Anda….Serlahkan Aura Anda
Aura Energy Perfume sebagai pemangkin Aura dan Perisai Diri:
* Memberi ketenangan jiwa & minda
* Menghilangkan gementar
* Mendarjatkan aura positif
* Perisai daripada unsur2 negatif
* 1kotak mempunyai 4botol×2ml
* Harga: (WM) RM28.00 & (EM) RM32.00


1. Inspired by Eternity CK
2. Inspired by Paco Rabbane Million
3. Inspired by Power Flower Kenzo
4. Inspired by Dunhill Desire Red

WOMEN EXCLUSIVE
1. Inspired by 5th Avenue Night Elizabeth
2. Inspired by Pure Poison (Christion Dior)
3. Inspired by Light Blue (D & G)
4. Inspired by Be Delicious Fresh Blossom

WOMEN ELEGANT
1. Inspired by Curious Britney Spears
2. Inspired by Paco Guest Pink
3. Inspired by Power Insider Trussardi
4. Inspired by Lancome Miracle

Pembersih Peribadi Wanita Ancient Wash:
* 3 dalam 1 (membersih, memutih & merapat)
* Dengan  ekstrak herba 100% seperti Sireh + Manjakani + Kacip Fatimah
* Mencegah keputihan
* Menghindari bakteria
* Merapatkan & menyegarkan tisu2 vagina
* Kesan aroma yg menyegarkan
* Harga: (WM) RM19.90 & (EM) RM 23.90 sebotol 100ml
 

Minyak Angin SeVen-G:
*Untuk kegunaan semua peringkat tidak mengira jantina dan usia.
Kelebihan
* Disediakan dalam bentuk botol roll-on, mudah di pakai, hanya sapu sahaja di tempat yang diperlukan.
*Aroma lemon yang menyegarkan.
*Memberi manfaat yang banyak kepada pengguna hanya dalam satu botol.
*Perkilangan melalui piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP) suci lagi halal.
*Melegakan sakit kepala, migrain & pening
*Batuk & selsema
* Asthma
* Resdung
* Mengantuk & stress
* Hanya sapu & hidu aromanya
* Harga: (WM) RM13.00 & (EM) RM15.00 sebotol (10ml)
Go to fullsize image
*Sabun Aura Susu Beras ini dihasilkan 100% dari bahan-bahan semula jadi.
*Sabun Aura Susu Beras ini, telah digunakan secara tradisional.untuk menjaga serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
* Sabun Aura Susu Beras ini juga telah di energikan dengan getaran tenaga gelombang.
* Menghilangkan Jeragat / Jerawat
* Mengawal kulit berminyak
* Mengimbangi ph kulit
* Menggebu dan mencerahkan kulit
* Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
* Menghaluskan kulit
* Melembapkan kulit
* Mecerahkan kulit dibahagian pelipat
* Harga: (WM) RM15.00

 

Sabun Pemutih Aura Saleena

* Dengan ekstrak betik & aloevera

* Mengaktifkan aura positif

* Menghilangkan Jeragat / Jerawat
* Mengawal kulit berminyak
* Mengimbangi ph kulit
* Menggebu dan mencerahkan kulit
* Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
* Menghaluskan kulit
* Melembapkan kulit
* Mecerahkan kulit dibahagian pelipat
* Harga: (WM) RM50.00

Saturday, May 14, 2011

~Ujian minggu Ini~

Hmmm...bagaimana aku hendak meluahkan perasaanku kali ini??Agak menakutkan dan membingungkan seolah-olah telah kehilangan semagat kehidupan. Bayangkanlah, dlm seminggu ini, ak tlh dikejutkan dgn dua berita yg amat menyedihkan.
     Nk dimulakan cerita, pada 09May2011, 23:42 ak tlh dikejutkan dgn panggilan telefon yg amat mengecewakan dari adik perempuan kesayanganku dgn menyatakan bahawa motosikal  kesayangannya telah hilang dr tmpt parkir. Ak menjadi amat tergamam mendengar berita tersebut. Motosikal  berjenama Yamaha SS110 dgn no pendaftaran CAP 1670 telah hilang dr tempat parkir di pasaraya Pantai Selamat area Teluk Sisik, Kuantan.  Nk dijadikan cerita, adikku tu xpernah2 parkir kt situ selama nie, tiba2 mlm tu blh pulak  parkir kt situ lbh kurang 1jam & apabila kembali ke parkir tersebut..haaaa… tgk2 motosikalnya sudah hilang. Reaksi pertamanya?? Apalagi menangis xberlagu la nk2 org pompuan terlalu sensitive kn. Slps memberitahuku, ak terus menyuruhnya ke balai polis utk membuat laporan supaya jk trjdi ssuatu dgn moto yg dicuri itu tdkla menyusahkan ayah kesayangnku. Kita xth kot2 pencuri tu curi moto tu nk meragut ke? merompak ker? Kang xpasal2 ayahku pulak yg masuk lokap dek orglen punye kerja. Ak th adik ak trasa sgt kehilangan motosikal kesayangannya 2 sbb dia membeli dgn duitnya sendiri + terdapat tmbhn brake disc di blkgnya. Hmm…agak blh thn jgk la kos penambahan brake disc itu. Itulah yg amat3x megecewakan adik ak. Dgn keadaan moto itu dlm berkeadaan baik, hati ak kuat merasakan pencuri tsebut mencurinya krana inginkan spare-partnya(terutamanya enjin) yg amat sukar utk dibeli di pasaran skrg kecuali pasaran gelap lainla mcm2 ada jual cuma ada duit dgn xde duit je. Adikku juga mengatakan yg pencuri 2 pn org area situ jgk cz area situ byk budak2 jht. Jd,hrpn ak agar moto tu dpt dijumpai. INSYAALAH….


P/s: ak berhrp agr pencuri tsebut dpt memulangkan kmbali moto ksyagn adik ku 2 di tmpt dia mgmbilnya dlm kdaan spt sblm dia mgmbilnya.


     Berita kedua yg paling menyedihkan ak terima ini pula, selang sehari slps dr khilangn moto iaitu pd hari Rabu, 11May2011 lbh kurang 10:58 adik perempuan ksygnku menelefonku mengatakan bahawa ayah ksygn kami 3beradik, Yusoff b. Omar telah mengalami kecederaan sewaktu bekerja & tlh di bawa ke HTAA. Ak kaget & tergamam mndgrnya. Bayangkanlh, bila org paling kita sayang & dkt dgn kita, tiba2 brada di hospital mesti mcm2 yg berada di benak kotak fikiran kita begitu la jua ak.Ak makin cemas shingga mngalirkn airmata krana xdpt mnahan ksedihan & xputus2 berdoa agar ayahku xapa2. Ak brtanya adikku bgaimana ianya blh trjdi tp adikku blm mendpt kpstiaan. Dlm jam 13:15, adikku  mengesahkn bhwa mata kiri (sbelah btg hidung)ayahku terkena serpihan kayu ketika sdg memotong kayu mggunakan mesin pemotong. Mata kiri ayahku bengkak kebiruan & terpaksa di jahit dgn 4jahitan namun selang 30min kmudian, 1jahitan telah terbuka(fhm2 la yer knp?xblh ckp lbh2 dgn trus terang nnti kena saman pula). Slps menerima jahitan, ayahku dimasukkan ke ward utk di buat pemerhatian. Slps 2hari di ward, akhirnya ayahku di benarkan pulang petang jumaat td & slasa ini, 17hb kena hadir ke HTAA utk buat checkup mata. Walaupun mata kiri ayahku blm dpt dibuka lg, & hanya menggunakan mata kanan shja utk melihat, kami sekeluarga bersyukur yg teramat sgt krana ayah sihat & masih sempat bergurau. Ak juga bersyukur krana bos ayahku amat baik hati & memahami akan tggungjwbnya thdp pkerja dgn menanggung sume fees & bill di hospital 100% siap bg cuti lg 2minggu utk ayahku mrehatkan diri & minda agar cpt smebuh spt sediakala. Long doakan agar ayah cepat sembuh & mata dpt melihat kembali spt sediakala.AMINNNN….


P/s: ALLAH SWT bg ujian & dugaan kt hamba-NYA bukan suka2 tp sbb ada hikmah & nikmat di sebaliknya. ALLAH SWT nk tgk hamba-NYA sygkn-NYA atau tdk & redha ke x dgn ketentuan-NYA??? Tp sm ada kita sedar atau tdk,ingatlah bahawa ALLAH SWT memberi ujian & dugaan kpd hamba-NYA tdk melangkaui & melebihi dr kemampuan hamba-NYA.

Sunday, April 10, 2011

~Mee Calong~

Go to fullsize image


Tetibe jer ak rasa nok mkn mee calong. Nk lik kuantan tp xde cuti semester lak. So,ak post la kt blog nie kot2 de kwn2 yg pndai msk blh buatkn utk ak..haha..

Utk pengetahuan korg, mee calong nie sbnrnya lbh kurang cm bakso gk cuma bezanya mee calong ni bubuh bebola ikan sementara bakso bebola daging. Mee calong amat terkenal di Pahang terutama dikawasan Beserah..tapi diingatkan bahawa tidak semua orang Beserah tahu membuat mee calong. 


Go to fullsize image
**ni kedai mee calong yg paling sedap..xcaye blh cuba sendiri yer??tp jgn lupa ajk aku**

Walaupun nampak cam senang dan ringkas tapi hendak membuatnya susah juga tp aku prefer hok dh siap jer..sbb mudah,senang,cepat&xperlu menuggu lama2..tp juga diingatkan kepada anda yang mahu mencuba resepi ini jangan campur bahan2 yang lain seperti taugeh ataupun tulang ayam....ada cara kalu anda mahu mencampurnya..ok sekarang aku bagi resepinya:
Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus mee kuning @ mee halus (mee hoon) yang telah dicelur
  • 1 bungkus tauhu kering
  • minyak masak
  • 2 @ 3 biji tauhu putih (siap digoreng jangan bagi garing ye)
  • Tulang ayam (seberapa yang mahu daa).
  • ikan selayang beberapa ekor (untuk dibuat bebola ikan)yang beli tak best tau
  • 1 bungkus rempah sup tulang (adabi) bukan iklan tau..hehe
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • air
  • garam
  • serbuk perasa(ajinomoto)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dahulu..(alah buat cam nak buat sup tu..), kemudian masukkan air seberapa banyak yang mahu (kalu blh biar la padan dgn rempah sup kekgi cair dok sedap pulok rase). Kemudian masukkan rempah sup tadi, biarkan ianya mendidih..masukkan bebola ikan yang kita buat sendiri tadi kedalam sup dan selebihnya masukkan ikan yang dikisar kedalam tauhu putih (buat cam tauhu sumbat tuh..) dan tauhu kering kedalam sup dan masukkan garam serta ajinomoto secukup rasa. Ok yang tuh dah siap..
2. Kalo anda mahu campur tulang ayam sebaik-baiknya tulang ayam tadi dibuat sup yang berasingan, sebab rasa calong tidak sama jika dicampur dengan sup yang dicampur bebola ikan...dan jangan dicampur dengan taugeh kerana rasanya juga tidak sama..kalo boleh jangan dicampur dengan daun sup ketika sup sedang dimasak..
3. Kalo anda suka pedas, buat cili sendiri...nak resepi gak ker...??
Ambil seberapa biji cili (cili padi), sedkit limau nipis / kasturi (wat bg rs masam2 je sikit..xnk ltk pn xpe), kicap manis / masin, garam, gula, ajinomoto (xmasuk pun xpe) secukup rasa dan dikisar agak2 lada da lumat. Da siap..Simple jer..
Kemudian apa lagi makanlah kenyang2 sehingga menyandar...nyum..nyum..



**Xsabar nk lik kuantan cuti sem nie..

~Marketing Intelligence:Mr.Balaraman Rajendran~

JUMAAT;08APRIL2011- Selepas selesai para muslimim menunaikan solat Jumaat, kteorg sekelas patutnya sama2 berkumpul di simpang kolej. Janji jam3ptg tp janji Melayu katakan jam4 baru dapat bergerak. Kteorg sekelas bergerak dgn 4buah kereta di mana kami semuanya telah dibahagikan kumpulan. Sasaran tugasan survey kteorg adalah Mid Valley,KL.
Kteorg semua sampai di Mid Valley lbh kurang jam5.30ptg. Almaklumlah kalau sebut je KL mmg terkenal dgn traffic jam.Alhamdulillah Allah memudahkan kerja kami utk mencari parkir. Setelah selesai parking,kami semua decide utk berpecah dlm kumpulan masing2.
Sebelum memulakan survey,kump ak mengisi perut kosong dahulu di fastfood KFC. Dipendekkan cerita,kump ak memulakan survey tetapi dihalang oleh security dgn alasan kononnya kteorg perlu mendapatkan pengesahan dari pihak pengurusan dahulu. Bukan sekali kump ak di marahi tetapi 2kali. Bayangkanlah betapa agak tebal muka kami di buatnya.
Akhirnya,kami decide utk ke tingkat atas agar memudahkan kerja agar tdk di marahi lg.Hmm..mula-mula nk mencari org utk mengisi borang survey kami agak sukar sekali.Ini kerana org kita (Malaysia) tdk memberi kerjasama dgn sepenuhnya.Tp xkurang juga yg supportive. Tugasan kami ini memerlukan org awam mengisi form survey kami ttg produk Pepsi & Coke disamping kami memerlukan 5org awam (local&foreigner) yg sporting utk di buat interview & recoding. Alhamdullillah kami berjumpa org yg blh di interview dgn rela.
Semasa berlegar2 di Mid Valley, kami terserempak dgn ex-lecturers kami iaitu, MR.JAMES TAN & MR.AMIR POUYAN. Mr.James,Chinese religion from Kedah,tp lect yg supportive dgn imej baru yg gondol (botak). Bujang lg tau Mr.James nie. Sape2 nk masuk line blh cntct sy.haha. Mr.Amir lect from Iran di Mid dgn aweknya. Kump kami pe lg,trusla amik peluang mengejarnya yg berjln agak laju utk membeli tiket wyg. Pengejaran kami berjaya akhirnya,krn Mr.Amir sudi menjawab survey&mengambil bahagian dlm interview kami siap bg prvte msg lg tuu kt Mr.Bala.
Kebetulan di Mid Valley juga sedang berlangsungnya event tp xtahu la event apa mybe peragaan pakaian kot cz model2 nya ganteng2 woo.hehe.Kami meninggalkan Mid tepat jam10mlm bila Mid da nk tutup. Kalau 24hrs kami tido di situ agaknya.huhu.
Akhir sekali sebelum pulang ke kolej,kami semua supper di Uptown Shah Alam.Besar jugaj Uptownnya sampai tersesat aku mencari2 ladies.hehe. .2 la 1st time n myb last time aku p situ kot.haha. Kami tpksa blk mlalui jln banting-nilai bg mgelakkan tol (cut kos laa..poket da kering..haha). Otw back 2 klj tpksa tempuh roadblock. Bkn 1 ok tp 2 tp nasib baik xde pe2. Nk taw jam brp kteorg arrive kt klj?? Jam 3am tau..Xprnh seumur hdp ak blk 3pg.Walaupun pun kteorg sume penat, letih, mengantuk & terasa nk patah kaki tp kteowg puas hati & enjoy.

Sunday, February 6, 2011

Hari Kekasih - Laluan Kemungkaran

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa. Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Tindakan Penyelesaian

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.

Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Peranan Pihak Terlibat

Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.