Sunday, June 19, 2011

~Kampus Kumpulan Pendidikan Legenda~


Kampus KPL RM1.1b dibina

ASPIRASI negara untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan di rantau ini kian menjadi kenyataan.
Pelbagai institut pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan bagi merealisasikan impian itu. 
Kecemerlangan sesebuah negara juga sedikit sebanyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran golongan muda yang bakal mentadbir negara pada masa depan.

Lantaran itu, kewujudan kolej swasta pada masa kini dilihat sebagai satu platform untuk anak-anak muda yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ia bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menuntut ilmu dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara.

Kumpulan Pendidikan Legenda (KPL) adalah sebuah institusi swasta terbesar di Malaysia bagi pengajian teknologi kejuruteraan, alam sekitar binaan dan pendidikan selain terunggul dalam bidangnya sendiri.

Institusi ini merangkumi Institut Teknologi Pertama (ITP), Kolej Linton, Kolej Legenda dan Kolej Jati Legenda.

Malah, terkenal dengan kepakaran tenaga pengajarnya kerana melahirkan mahasiswa yang menjadi perintis dalam bidang kejuruteraan, alam sekitar binaan dan teknologi.

Ini menerusi dua institut mereka yang telah terkenal sejak 20 tahun lalu iaitu ITP dan Kolej Linton.

Bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan yang dipelopori selama ini, institusi ini sudah menubuhkan sebuah kampus pembelajaran dan pengajaran di Bandar Universiti Teknologi Legenda, Mantin, Negeri Sembilan.

Kampus berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 50 kilometer (km) di selatan Kuala Lumpur, berkeluasan 62 hektar dengan kos RM1.1 bilion.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar termasuk makmal, perpustakaan, peralatan sukan, tempat rehat pelajar, kafe dan kedai serbaneka.

Lebih 5,000 unit kediaman untuk kira-kira 25,000 pelajar di dalam dan di sekitar kampus turut disediakan.

Paling istimewa KPL sudah menjalin program kerjasama dengan University of East London dan ia menjadikan KPL sebagai kolej perintis yang menawarkan ijazah kejuruteraan 3+0 di negara ini.

Pelajar bakal dianugerahkan dengan ijazah dari University of East London selepas menamatkan pengajian.

Antara program Ijazah Sarjana Muda 3+0 yang boleh ditamatkan di negara ini ialah Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Tenaga/ Kawalan/ Komunikasi), Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Sains (kepujian) Kejuruteraan Perisian, Sarjana Muda Sastera (kepujian) Pengajian Perniagaan dan Sarjana Muda Sastera (kepujian) Perakaunan dan Kewangan.

Kolej itu juga bakal menawarkan lebih banyak lagi program termasuk medisains, farmaseutikal, kejururawatan dan penjagaan kesihatan.

Sejak pembukaan kampus sendiri di Mantin pada 2002, jumlah pelajar yang menuntut di institusi itu semakin meningkat hingga 3,500 dan bilangan pelajar dari luar negara juga bertambah.

Sebarang keterangan lanjut boleh melayari
 www.legendagroup.com.my

p/s:hrp2 servis Legenda lps ni akn diperbaiki dgn lbh baik lg slps tersiarnya berita ini:-)

Credit to myMetro,June2011

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.