Sunday, April 10, 2011

~Mee Calong~

Go to fullsize image


Tetibe jer ak rasa nok mkn mee calong. Nk lik kuantan tp xde cuti semester lak. So,ak post la kt blog nie kot2 de kwn2 yg pndai msk blh buatkn utk ak..haha..

Utk pengetahuan korg, mee calong nie sbnrnya lbh kurang cm bakso gk cuma bezanya mee calong ni bubuh bebola ikan sementara bakso bebola daging. Mee calong amat terkenal di Pahang terutama dikawasan Beserah..tapi diingatkan bahawa tidak semua orang Beserah tahu membuat mee calong. 


Go to fullsize image
**ni kedai mee calong yg paling sedap..xcaye blh cuba sendiri yer??tp jgn lupa ajk aku**

Walaupun nampak cam senang dan ringkas tapi hendak membuatnya susah juga tp aku prefer hok dh siap jer..sbb mudah,senang,cepat&xperlu menuggu lama2..tp juga diingatkan kepada anda yang mahu mencuba resepi ini jangan campur bahan2 yang lain seperti taugeh ataupun tulang ayam....ada cara kalu anda mahu mencampurnya..ok sekarang aku bagi resepinya:
Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus mee kuning @ mee halus (mee hoon) yang telah dicelur
  • 1 bungkus tauhu kering
  • minyak masak
  • 2 @ 3 biji tauhu putih (siap digoreng jangan bagi garing ye)
  • Tulang ayam (seberapa yang mahu daa).
  • ikan selayang beberapa ekor (untuk dibuat bebola ikan)yang beli tak best tau
  • 1 bungkus rempah sup tulang (adabi) bukan iklan tau..hehe
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • air
  • garam
  • serbuk perasa(ajinomoto)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dahulu..(alah buat cam nak buat sup tu..), kemudian masukkan air seberapa banyak yang mahu (kalu blh biar la padan dgn rempah sup kekgi cair dok sedap pulok rase). Kemudian masukkan rempah sup tadi, biarkan ianya mendidih..masukkan bebola ikan yang kita buat sendiri tadi kedalam sup dan selebihnya masukkan ikan yang dikisar kedalam tauhu putih (buat cam tauhu sumbat tuh..) dan tauhu kering kedalam sup dan masukkan garam serta ajinomoto secukup rasa. Ok yang tuh dah siap..
2. Kalo anda mahu campur tulang ayam sebaik-baiknya tulang ayam tadi dibuat sup yang berasingan, sebab rasa calong tidak sama jika dicampur dengan sup yang dicampur bebola ikan...dan jangan dicampur dengan taugeh kerana rasanya juga tidak sama..kalo boleh jangan dicampur dengan daun sup ketika sup sedang dimasak..
3. Kalo anda suka pedas, buat cili sendiri...nak resepi gak ker...??
Ambil seberapa biji cili (cili padi), sedkit limau nipis / kasturi (wat bg rs masam2 je sikit..xnk ltk pn xpe), kicap manis / masin, garam, gula, ajinomoto (xmasuk pun xpe) secukup rasa dan dikisar agak2 lada da lumat. Da siap..Simple jer..
Kemudian apa lagi makanlah kenyang2 sehingga menyandar...nyum..nyum..



**Xsabar nk lik kuantan cuti sem nie..

~Marketing Intelligence:Mr.Balaraman Rajendran~

JUMAAT;08APRIL2011- Selepas selesai para muslimim menunaikan solat Jumaat, kteorg sekelas patutnya sama2 berkumpul di simpang kolej. Janji jam3ptg tp janji Melayu katakan jam4 baru dapat bergerak. Kteorg sekelas bergerak dgn 4buah kereta di mana kami semuanya telah dibahagikan kumpulan. Sasaran tugasan survey kteorg adalah Mid Valley,KL.
Kteorg semua sampai di Mid Valley lbh kurang jam5.30ptg. Almaklumlah kalau sebut je KL mmg terkenal dgn traffic jam.Alhamdulillah Allah memudahkan kerja kami utk mencari parkir. Setelah selesai parking,kami semua decide utk berpecah dlm kumpulan masing2.
Sebelum memulakan survey,kump ak mengisi perut kosong dahulu di fastfood KFC. Dipendekkan cerita,kump ak memulakan survey tetapi dihalang oleh security dgn alasan kononnya kteorg perlu mendapatkan pengesahan dari pihak pengurusan dahulu. Bukan sekali kump ak di marahi tetapi 2kali. Bayangkanlah betapa agak tebal muka kami di buatnya.
Akhirnya,kami decide utk ke tingkat atas agar memudahkan kerja agar tdk di marahi lg.Hmm..mula-mula nk mencari org utk mengisi borang survey kami agak sukar sekali.Ini kerana org kita (Malaysia) tdk memberi kerjasama dgn sepenuhnya.Tp xkurang juga yg supportive. Tugasan kami ini memerlukan org awam mengisi form survey kami ttg produk Pepsi & Coke disamping kami memerlukan 5org awam (local&foreigner) yg sporting utk di buat interview & recoding. Alhamdullillah kami berjumpa org yg blh di interview dgn rela.
Semasa berlegar2 di Mid Valley, kami terserempak dgn ex-lecturers kami iaitu, MR.JAMES TAN & MR.AMIR POUYAN. Mr.James,Chinese religion from Kedah,tp lect yg supportive dgn imej baru yg gondol (botak). Bujang lg tau Mr.James nie. Sape2 nk masuk line blh cntct sy.haha. Mr.Amir lect from Iran di Mid dgn aweknya. Kump kami pe lg,trusla amik peluang mengejarnya yg berjln agak laju utk membeli tiket wyg. Pengejaran kami berjaya akhirnya,krn Mr.Amir sudi menjawab survey&mengambil bahagian dlm interview kami siap bg prvte msg lg tuu kt Mr.Bala.
Kebetulan di Mid Valley juga sedang berlangsungnya event tp xtahu la event apa mybe peragaan pakaian kot cz model2 nya ganteng2 woo.hehe.Kami meninggalkan Mid tepat jam10mlm bila Mid da nk tutup. Kalau 24hrs kami tido di situ agaknya.huhu.
Akhir sekali sebelum pulang ke kolej,kami semua supper di Uptown Shah Alam.Besar jugaj Uptownnya sampai tersesat aku mencari2 ladies.hehe. .2 la 1st time n myb last time aku p situ kot.haha. Kami tpksa blk mlalui jln banting-nilai bg mgelakkan tol (cut kos laa..poket da kering..haha). Otw back 2 klj tpksa tempuh roadblock. Bkn 1 ok tp 2 tp nasib baik xde pe2. Nk taw jam brp kteorg arrive kt klj?? Jam 3am tau..Xprnh seumur hdp ak blk 3pg.Walaupun pun kteorg sume penat, letih, mengantuk & terasa nk patah kaki tp kteowg puas hati & enjoy.