Sunday, April 10, 2011

~Mee Calong~

Go to fullsize image


Tetibe jer ak rasa nok mkn mee calong. Nk lik kuantan tp xde cuti semester lak. So,ak post la kt blog nie kot2 de kwn2 yg pndai msk blh buatkn utk ak..haha..

Utk pengetahuan korg, mee calong nie sbnrnya lbh kurang cm bakso gk cuma bezanya mee calong ni bubuh bebola ikan sementara bakso bebola daging. Mee calong amat terkenal di Pahang terutama dikawasan Beserah..tapi diingatkan bahawa tidak semua orang Beserah tahu membuat mee calong. 


Go to fullsize image
**ni kedai mee calong yg paling sedap..xcaye blh cuba sendiri yer??tp jgn lupa ajk aku**

Walaupun nampak cam senang dan ringkas tapi hendak membuatnya susah juga tp aku prefer hok dh siap jer..sbb mudah,senang,cepat&xperlu menuggu lama2..tp juga diingatkan kepada anda yang mahu mencuba resepi ini jangan campur bahan2 yang lain seperti taugeh ataupun tulang ayam....ada cara kalu anda mahu mencampurnya..ok sekarang aku bagi resepinya:
Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus mee kuning @ mee halus (mee hoon) yang telah dicelur
  • 1 bungkus tauhu kering
  • minyak masak
  • 2 @ 3 biji tauhu putih (siap digoreng jangan bagi garing ye)
  • Tulang ayam (seberapa yang mahu daa).
  • ikan selayang beberapa ekor (untuk dibuat bebola ikan)yang beli tak best tau
  • 1 bungkus rempah sup tulang (adabi) bukan iklan tau..hehe
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • air
  • garam
  • serbuk perasa(ajinomoto)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dahulu..(alah buat cam nak buat sup tu..), kemudian masukkan air seberapa banyak yang mahu (kalu blh biar la padan dgn rempah sup kekgi cair dok sedap pulok rase). Kemudian masukkan rempah sup tadi, biarkan ianya mendidih..masukkan bebola ikan yang kita buat sendiri tadi kedalam sup dan selebihnya masukkan ikan yang dikisar kedalam tauhu putih (buat cam tauhu sumbat tuh..) dan tauhu kering kedalam sup dan masukkan garam serta ajinomoto secukup rasa. Ok yang tuh dah siap..
2. Kalo anda mahu campur tulang ayam sebaik-baiknya tulang ayam tadi dibuat sup yang berasingan, sebab rasa calong tidak sama jika dicampur dengan sup yang dicampur bebola ikan...dan jangan dicampur dengan taugeh kerana rasanya juga tidak sama..kalo boleh jangan dicampur dengan daun sup ketika sup sedang dimasak..
3. Kalo anda suka pedas, buat cili sendiri...nak resepi gak ker...??
Ambil seberapa biji cili (cili padi), sedkit limau nipis / kasturi (wat bg rs masam2 je sikit..xnk ltk pn xpe), kicap manis / masin, garam, gula, ajinomoto (xmasuk pun xpe) secukup rasa dan dikisar agak2 lada da lumat. Da siap..Simple jer..
Kemudian apa lagi makanlah kenyang2 sehingga menyandar...nyum..nyum..



**Xsabar nk lik kuantan cuti sem nie..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.